Polis Sydney minta tentera 'turun padang' perketat perintah berkurung - Utusan Malaysia

Polis Sydney minta tentera ‘turun padang’ perketat perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis New South Wales meminta bantuan pasukan tentera untuk melaksanakan lanjutan perintah berkurung ketika kadar jangkitan di bandar ini terus meningkat.

Jurucakap polis, Mick Fuller berkata, sebanyak 300 anggota tentera diminta ‘turun padang’ bagi menjayakan perintah berkurung yang dijalankan.

Pihak berkuasa Sydney melanjutkan perintah berkurung sebulan lagi sehingga hujung Ogos selepas kes jangkitan dilihat tiada tanda penurunan.

Arahan duduk di rumah dilihat ‘gagal’ mengurangkan kadar jangkitan.

Sehubungan itu, penduduk di bandar ini hanya dibenarkan keluar rumah untuk bersenam, melakukan kerja penting, perubatan dan berbual dengan rakan.

Polis turut mengenakan saman kepada penduduk yang ingkar arahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya