Protes ganas di Indonesia, Tiktok gantung fungsi 'live' buat sementara waktu - Utusan Malaysia

Protes ganas di Indonesia, Tiktok gantung fungsi ‘live’ buat sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Platform media sosial TikTok pada hari Sabtu (30 Ogos) mengumumkan menggantung sementara fungsi penstriman secara langsung (live) di Indonesia untuk beberapa hari susulan protes ganas yang tercetus selepas kematian seorang lelaki yang dilanggar oleh kenderaan polis.

“Disebabkan peningkatan keganasan semasa protes di Indonesia, kami secara sukarela memperkenalkan langkah keselamatan tambahan bagi memastikan TikTok kekal sebagai ruang yang selamat dan beradab.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ciri TikTok Live digantung buat sementara waktu selama beberapa hari di Indonesia,” kata jurucakap TikTok kepada AFP.

Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu dikejutkan oleh gelombang protes di bandar-bandar utama sejak Jumaat, termasuk di ibu negara Jakarta dan bandar Makassar di timur

Protes turut berterusan pada hari Sabtu di bandar Surabaya di pulau utama Jawa, serta di pulau-pulau Bali dan Lombok.

TikTok memaklumkan mereka akan terus memantau situasi dengan teliti.

Indonesia merupakan satu daripada pasaran pengguna terbesar TikTok di dunia, dengan lebih 100 juta pengguna.

Dalam beberapa video protes yang dimuat naik ke platform tersebut pada hari Sabtu, pengguna mengadu mereka tidak dapat menggunakan ciri siaran langsung (Live).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN