Tentera AS ketawa ketika rentas sempadan ke Korea Utara  - Utusan Malaysia

Tentera AS ketawa ketika rentas sempadan ke Korea Utara 

TRAVIS KING  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyeberangi sempadan ke Korea Utara tanpa kebenaran, didakwa ketawa ketika melakukan perbuatan tersebut, seperti dilaporkan beberapa media.

Anggota tentera AS dikatakan dalam lawatan ke zon kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak antara Korea Utara dan Korea Selatan, sebelum melarikan diri dari tahanan. 

Berdasarkan laporan CBS News, anggota tentera dikenali sebagai Travis King merupakan Tentera Persendirian Kelas 2.

King, 23, sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selama dua bulan di Korea Selatan atas tuduhan melakukan serangan.

Baru-baru ini, King ketika dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal, berjaya melarikan diri dengan menyertai rombongan pelancong ke kampung sempadan Korea, Panmunjom.

Seorang saksi dalam rombongan lawatan sama memberitahu CBS News bahawa King ketawa dengan kuat sebelum berlari antara beberapa bangunan dan tidak kembali semula.

Dilaporkan, King dipercayai berada dalam tahanan Korea Utara selepas menyeberangi sempadan yang dikawal ketat itu.

Pegawai Pentagon memaklumkan pasukan keselamatan komando PBB yang mengiringi rombongan pelancong itu sempat mengejar King namun gagal menangkapnya.

Ketua Komando Indo-Pasifik AS, Adm John Aquilino mengesahkan seorang anggota tentera menyeberangi zon demilitarisasi di Kawasan Keselamatan Bersama (JSA).

“Individu itu kemudian ditahan oleh tentera Korea Utara,” jelasnya kepada NBC News.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN