WASHINGTON: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines melaporkan gangguan sistem secara meluas, hanya beberapa hari selepas pengawal selia penerbangan negara itu mengarahkan semua penerbangan dihentikan susulan kegagalan sistem komunikasi yang menjejaskan kawalan trafik udara.
Punca gangguan terbaharu itu masih belum diketahui, begitu juga jumlah penerbangan yang terjejas.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan utama AS itu berkata, pihaknya sedang berusaha memulihkan sistem berkenaan supaya operasi dapat berjalan seperti biasa.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi akaun rasmi United Airlines di platform X sebagai maklum balas terhadap dua hantaran berasingan penumpang yang mengadu penerbangan mereka tidak dibenarkan berlepas akibat ralat pada sistem pemeriksaan berat pesawat.
Memuatkan artikel berkaitan…








