Hujan lebat ancam 950,000 warga Palestin di Gaza - Utusan Malaysia

Hujan lebat ancam 950,000 warga Palestin di Gaza

PENDUDUK Palestin kini menghadapi ancaman hujan lebat di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR GAZA: Pertahanan Awam Gaza memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang boleh mengancam keselamatan rakyat Palestin yang kini berlindung di dalam khemah serta tempat perlindungan sementara di wilayah Palestin.

Keselamatan itu akan menjejaskan kira-kira 950,000 rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel tetapi berlindung di lokasi yang terdedah kepada risiko banjir.

Lebih 400,000 daripada mereka berisiko tinggi berdepan dengan banjir, menurut angka yang dipetik Anadolu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kira-kira 44,000 rakyat Palestin lagi berlindung di lebih 2,300 bangunan yang tidak selamat dari segi struktur, manakala 294,250 keluarga memerlukan bantuan tempat perlindungan menjelang musim hujan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Angka-angka itu menggambarkan aspek berbeza krisis tempat perlindungan dan tidak boleh dijumlahkan sebagai bilangan penduduk berasingan.

Hujan lebat mengancam menenggelamkan khemah, khususnya di kawasan tanah rendah, manakala angin kencang boleh mengoyakkan lapisan plastik dan bahan lain yang digunakan untuk membina tempat perlindungan sementara.

Sistem saliran yang rosak dan kekurangan peralatan tindak balas kecemasan turut mengehadkan keupayaan penduduk menghadapi banjir.

Cuaca itu, sekali gus menambah tekanan terhadap keluarga yang sudah hidup tanpa perlindungan mencukupi susulan kemusnahan besar-besaran kawasan perumahan akibat serangan tentera Israel yang bermula pada 7 Oktober 2023 sebelum reda tetapi berterusan sehingga kini walaupun terdapat gencatan senjata pada Oktober tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, Direktorat Pertahanan Awam menggesa penduduk mengambil langkah pencegahan dan merayu pertubuhan kemanusiaan serta komuniti supaya segera menyediakan tempat perlindungan yang selamat selain memperkukuh perlindungan daripada cuaca buruk.

Amaran itu dikeluarkan ketika sekatan Israel terus menghalang kemasukan bahan dan peralatan pembinaan tempat perlindungan yang diperlukan bagi membaik pulih infrastruktur rosak.

Dengan mengisi periuk memasak yang rosak menggunakan tanah, penduduk Gaza di tepi pantai menghasilkan benteng bagi menghalang air laut daripada menghampiri kawasan khemah.

Persatuan Mayasem, sebuah pertubuhan bantuan yang bekerjasama dengan World Central Kitchen, mengambil inisiatif itu dan kini menghasilkan benteng menggunakan periuk berkenaan untuk membantu keluarga di kawasan dekat pelabuhan al-Qarara.

Inisiatif itu menggunakan semula periuk besar yang tidak lagi boleh digunakan akibat terdedah berulang kali kepada api, mengalami hakisan dan berlubang. 

Tiga periuk sumbangan World Central Kitchen diisi dengan tanah dan disusun bertingkat sehingga mencapai ketinggian kira-kira 150 sentimeter bagi membentuk benteng untuk menahan kemaraan air laut serta menghalang ombak daripada sampai ke kawasan penempatan sementara.

“Inisiatif ini pada mulanya bertujuan membina benteng bagi melindungi ruang selamat persatuan yang menempatkan program pendidikan, sekolah, aktiviti kebudayaan, seni dan warisan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini