Orfi gerun kehebatan Sivasangari

Orfi gerun kehebatan Sivasangari

AMINA Orfi. - IHSAN SQUASH PSA TOUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehebatan S. Sivasangari sebagai antara pencabar utama dalam skuasy wanita dunia mendapat pengiktirafan juara dunia, Amina Orfi, meskipun pemain kebangsaan itu terpaksa akur selepas terkandas di suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Orfi yang juga pemain No.1 dunia membuktikan keunggulannya apabila menewaskan Sivasangari 11-8, 11-1, 11-8 dalam tempoh 43 minit di Philadelphia, sekali gus mencatat kemenangan kesembilan daripada 12 pertemuan mereka.

Pemain Mesir berusia 19 tahun itu mengakui sudah menjangkakan tentangan sengit daripada Sivasangari, terutama selepas dua kali tewas kepada Sivasangari sepanjang tahun ini

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya membuat persiapan dengan baik kerana tahu Sivasangari akan turun dengan keyakinan tinggi, lebih-lebih lagi selepas menjadi pemain pertama dalam skuasy wanita yang layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Sivasangari sememangnya ancaman kepada semua pemain dalam jelajah ini kerana dia sudah menewaskan pemain terbaik,” katanya kepada PSA Squash Tour.

Bagaimanapun, Orfi berkata keyakinan terhadap persiapannya sendiri membolehkan dia mengawal permainan dan melaksanakan strategi yang dirancang untuk mengekang cabaran pemain No.4 dunia itu.

“Hari ini, saya melangkah ke gelanggang dengan pelan permainan tersendiri dan saya gembira kerana strategi itu menjadi,” katanya.

Sivasangari yang muncul juara Terbuka Silicon Valley bulan lalu kini perlu mengalihkan tumpuan kepada Terbuka China dari 17 hingga 22 November ini, dengan misi kembali memburu keputusan positif selepas kempen di AS berakhir lebih awal daripada diharapkan.  – UTUSAN

 

Kapsyen

AMINA ORFI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini