Penemuan makam purba 4,000 tahun di Saqqara milik orang kanan Firaun - Utusan Malaysia

Penemuan makam purba 4,000 tahun di Saqqara milik orang kanan Firaun

MAKAM berusia 4,000 tahun ditemukan di Saqqara. - Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Pihak arkeologi mendapati sebuah makam berusia 4,000 tahun menempatkan jasad seorang pegawai paling berkuasa di era Mesir purba yang dilengkapi dengan ‘pintu sihir’ dipercayai menjadi pintu laluan ke alam selepas kematian.

Menurut Kementerian Pe­lan­congan dan Antikuiti Mesir, ahli arkeologi menemui makam Sekhentyu-Ptah ketika menjalankan kerja penggalian di nekropolis Bubasteion, Saqqara, baru-baru ini.

Ukiran hieroglif pada dinding makam mengesahkan bahawa premis berkenaan milik seorang pegawai kanan itu yang hidup pada zaman Kerajaan Lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inskripsi yang ditemukan mengenal pasti beliau sebagai penyimpan rahsia Firaun sekali gus membuktikan kedudukan istimewanya.

Kedudukan istimewa itu ialah beliau berada dalam kelompok dalaman Firauan.

Meskipun gelaran itu kede­ngaran misteri, para pakar menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud menjaga harta karun tersembunyi atau rahsia keagamaan sebaliknya merujuk kepada pegawai berpangkat tinggi yang mengendalikan dokumen dan dekri sulit  bagi pihak Firaun.

Sakhnetio-Btah turut memegang peranan penting lain sebagai ketua pegawai istana, ‘paderi’ kepada dewi Maat dan penyelia perpustakaan diraja.

“Ukiran hieroglif membantu mengenalpasti nama pemilik kawasan pengebumian ini dan  senarai gelaran beliau, terma­suk sebagai penyimpan rahsia  yang mencerminkan kedudukan tingginya dalam sistem pentadbiran negara purba ter­se­but,” menurut kenyataan rasmi Kementerian Pelancongan dan Antikuaiti Mesir.

Makam berkenaan mengan­dungi simbolik yang dipercayai oleh masyarakat Mesir purba sebagai ambang sihir antara dunia fizikal orang hidup dan alam ghaib bagi roh si mati.

Ahli arkeologi turut menemu­kan pelbagai objek ritual pengebumian ­termasuk meja penyembahan, slab pe­nyem­­bahan dan besen penyucian. 

Menurut pakar, penemuan objek-objek tersebut tepat di lokasi asalnya memberi gamtentang amalan pengebumian zaman Kerajaan Lama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×