Lelaki diarah bayar lebih RM60,000 kepada wanita selepas janji untuk berkahwin
 - Utusan Malaysia

Lelaki diarah bayar lebih RM60,000 kepada wanita selepas janji untuk berkahwin


SEORANG lelaki diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi kepada wanita. - Emirates News Agency
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Sebuah mahkamah di sini telah memerintahkan seorang lelaki supaya memulangkan semula wang dan membayar ganti rugi kepada seorang wanita selepas didapati memperdaya mangsa atas alasan ingin berkahwin.

Keputusan berkenaan diputuskan oleh Mahkamah Tuntutan Keluarga, Sivil dan Pentadbiran Abu Dhabi baru-baru ini.  Ia diputuskan selepas mahkamah mendengar perincian kes penipuan kewangan yang melibatkan pasangan tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan Al Khaleej, lelaki berkenaan telah memperdaya mangsa dengan memberikan harapan palsu bahawa beliau berniat untuk menjadikannya sebagai isteri.

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan di mahkamah, lelaki tersebut menerima sejumlah besar duit tunai dan beberapa  pemindahan wang menerusi bank daripada wanita berkenaan dalam tempoh tertentu.

Bagi meyakinkan mangsa, lelaki itu berjanji akan membayar balik kesemua wang berkenaan sebaik sahaja kemelut kewangannya pulih dan urusan perbankannya selesai.

Disebabkan janji yang ti­dak ditepati, wanita tersebut bertindak memfailkan kes sivil bagi menuntut semula tunggakan hutang berjumlah Dh48,800 (RM54,048).

Selain tuntutan wang asal, wanita itu turut menuntut pampasan tambahan bernilai Dh20,000 (RM22,142) atas kerugian material, kecederaan moral dan tekanan berniat jahat lelaki berkenaan.

Mahkamah akhirnya memerintahkan lelaki itu membayar Dh48,700 (RM53,916) bagi pemulangan wang dan  Dh10,000 (RM11,077) sebagai ganti rugi kepada pihak plaintif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×