Iran rampas dron kapal selam AS di Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran rampas dron kapal selam AS di Selat Hormuz

IRAN merampas dron kapal selam Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Ahad berkata, pihaknya merampas sebuah dron kapal selam Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz yang strategik, yang telah disekat Teheran sejak perang Asia Barat yang berlarutan selama hampir tujuh bulan.

“Dalam operasi terancang dan kompleks yang melibatkan pemantauan risikan serta peperangan elektronik, anggota pasukan tentera laut Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berjaya merampas sebuah kenderaan bawah air tanpa pemandu (UUV) canggih milik tentera AS yang dianggap pengganas,” kata pasukan tentera laut IRGC dalam satu kenyataan, menurut televisyen kerajaan.

Ia  berkata, dron itu beroperasi di Selat Hormuz untuk tujuan pengintipan sambil mengenal pasti modelnya sebagai kenderaan bawah air autonomi Remus 600 yang kini berada dalam simpanan pakar pasukan berkenaan untuk mendapatkan semula datanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awal bulan ini, Kor Pengawal Revolusi berkata, pihaknya merampas sebuah lagi dron kapal selam AS di selat berkenaan yang sebelum perang Asia Barat tercetus pada akhir Februari merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dan gas, sebelum aktiviti perkapalan terjejas teruk.

Iran mengekalkan sekatan di Selat Hormuz sejak tercetusnya konflik itu, manakala Amerika mengenakan sekatan balas terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×