Banjir Bangkok dijangka surut dalam tempoh tiga hari

Banjir Bangkok dijangka surut dalam tempoh tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand pada Selasa berkata, banjir yang menenggelamkan Bangkok dijangka surut dalam tempoh dua hingga tiga hari jika tiada hujan lebat berlaku dalam tempoh tersebut.

Jurucakap kerajaan, Ekkapob Pianpises berkata, Kabinet akan membincangkan rancangan jangka panjang bagi menangani masalah banjir serta langkah pemulihan pada Selasa.

Bangkok menerima kira-kira 32 sentimeter hujan dalam tempoh dua hingga tiga hari minggu lalu, hampir menyamai jumlah hujan yang biasanya diterima bandar berkenaan sepanjang September.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun lapangan terbang utama Bangkok terus beroperasi ketika hujan dan banjir sepanjang hujung minggu, beberapa operasi pengendalian bagasi di Lapangan Terbang Suvarnabhumi terjejas teruk.

Seramai 69 anggota Tentera Udara Diraja Thailand dikerahkan pada Isnin bagi membantu operasi darat syarikat penerbangan nasional Thai Airways.

Ratusan beg bagasi masih beratur di sepanjang laluan dalam lapangan terbang itu pada Selasa, menurut pemerhatian wartawan Reuters.

Dalam kenyataan di media sosial awal Selasa, Thai Airways berkata, 34 penerbangannya ditangguhkan pada Isnin, manakala bagasi daripada 52 penerbangan antara 26 dan 27 September sedang dihantar kepada penumpang.

Dalam satu lagi hantaran di media sosial, syarikat penerbangan itu berkata, lapan penerbangan dibatalkan pada Selasa berikutan situasi banjir di Bangkok dan pergerakan pesawat, selain memberi amaran lebih banyak pembatalan atau perubahan jadual penerbangan mungkin berlaku.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×