13 cedera serangan Houthi di selatan Arab Saudi

13 cedera serangan Houthi di selatan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Rangkaian serangan yang dilancarkan Houthi Yemen menggunakan peluru berpandu balistik dan dron mencederakan 13 orang awam di selatan Arab Saudi.

Perkara itu disahkan pakatan tentera diketuai Riyadh yang memerangi kumpulan pemberontak disokong Iran itu pada Selasa.

“Pada Isnin kumpulan Houthi melancarkan serangan terhadap sasaran awam di bandar Khamis Mushait, Abha dan Taif menggunakan sejumlah peluru berpandu balistik dan dron.

“Serangan itu menyebabkan 13 orang awam mengalami kecederaan ringan hingga sederhana serta kerosakan pada tujuh rumah dan dua kenderaan,” kata jurucakap pakatan itu dalam satu hantaran di X.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×