Houthi serang Arab Saudi, 11 penduduk awam cedera - Utusan Malaysia

Houthi serang Arab Saudi, 11 penduduk awam cedera

GAMBAR fail anggota tentera Yemen yang disokong Arab Saudi mengawal bandar Mukalla. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANNA: Kumpulan  Houthi dari Yemen melancarkan serangan lewat Khamis yang menyebabkan 11 orang awam cedera di selatan Arab Saudii, menurut kenyataan gabungan tentera pimpinan Riyadh. 

Ia merupakan jumlah korban awam tertinggi yang pernah direkodkan di kerajaan itu dalam tempoh lebih empat tahun konflik.

Mangsa yang cedera terdiri daripada tujuh warga Arab Saudi, dua rakyat Mesir, masing-masing seorang penduduk Yemen dan Palestin, , kata jurucakap gabungan tentera, Jeneral Turki al-Maliki, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Arab Saudi.

Beliau berkata, serangan itu berlaku di wilayah Najran yang terletak di sempadan antara Arab Saudi dan Yemen.

Sejak bulan lalu, Houthi itu telah meningkatkan provokasi terhadap musuh mereka dari Arab Saudi, sekali gus memburukkan lagi keadaan huru-hara di rantau ini susulan tercetusnya perang antara Amerika Syarikat dan Iran pada 28 Februari. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×