PM Australia minta maaf kerana komen mahu berkahwin dengan Kylie Minogue - Utusan Malaysia

PM Australia minta maaf kerana komen mahu berkahwin dengan Kylie Minogue

ANTHONY ALBANESE (kanan) dan Kylie Minogue.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese pada Isnin memohon maaf kerana menyatakan dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa beliau mahu berkahwin dengan bintang pop, Kylie Minogue.

Albanese diminta memilih penghibur Australia yang akan beliau kahwini, tidur atau keluar bersama ketika muncul dalam sebuah audio siar  komedi tempatan minggu lalu.

“Oh, Kylie, sudah tentu,” katanya selepas pada mulanya cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut.

“Jadi anda akan mengahwini Kylie, tidur bersamanya dan keluar bersamanya?” balas hos audio siar itu, Nikki Osborne.

Albanese menjawab: “Kesemuanya.”

Kenyataan itu segera dikecam, dengan seorang ahli parlimen Australia menyifatkannya sebagai satu kesilapan pertimbangan.

Berdepan kritikan yang semakin memuncak, Albanese kemudian memohon maaf menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

“Saya memohon maaf tanpa sebarang syarat atas kenyataan tersebut,” katanya.

Minogue, yang dikenali ramai sebagai ‘Puteri Pop’ Australia, mula mencipta nama menerusi drama bersiri tempatan Neighbours sebelum membina kerjaya muzik yang sangat berjaya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN