Jutaan rakyat AS rai Hari Kemerdekaan terpanas Sabtu ini - Utusan Malaysia

Jutaan rakyat AS rai Hari Kemerdekaan terpanas Sabtu ini

BEBERAPA pelancong menggunakan payung di Washington kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Berjuta-juta rak­yat Amerika Syarikat (AS) kemungkinan bakal berdepan dengan sambutan Hari Kemerdekaan 4 Julai paling panas dalam sejarah.

Ia disebabakan gelombang haba ekstrem yang menyelubungi lebih separuh daripada negara itu menjelang cuti hujung minggu ini.

Menurut pakar kaji cuaca, peningkatan suhu ekstrem yang berbahaya dikesan bermula Rabu lalu. 

Fenomena itu, apabila digabungkan dengan faktor kelembapan boleh menyebabkan indeks haba mencecah antara 37.7 hingga 46.1 darjah Celsius dari wilayah Midwest hingga ke Pantai Timur.

Keadaan suhu tinggi pada waktu siang dan suhu waktu malam yang kekal membahang dijangka menyebabkan lebih 300 rekod cuaca panas pecah menjelang Sabtu ini.

“Ini merupakan keadaan yang sangat berbahaya,” amaran Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani kepada lebih lapan juta penduduk di bandar raya tersebut. 

Suhu di bandar berkenaan dijangka meningkat pada Khamis dan Jumaat, dengan indeks haba diramal jauh lebih tinggi.

Laporan CBS News New York menyatakan bahawa buat pertama kalinya, bandar raya itu mengarahkan  kenderaan dan  disertai jururawat serta paramedik untuk mengedarkan air, minuman elektrolit termasuk krim pelindung matahari. 

Pasukan itu juga akan mela­kukan pemeriksaan kesihatan, membawa penduduk ke pusat penyejukan selain melawat warga emas dan golongan rentan di rumah masing-masing. 

Pihak berkuasa bandar raya itu turut membuka pusat penyejukan awam di seluruh lima daerahnya.

“Saranan saya kepada semua warga New York adalah untuk kekal berada di dalam rumah dan pastikan diri anda nerada dalam keadaan sejuk,” kata Mamdani. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN