Iran mahu beli barangan keperluan selepas aset tidak dibekukan - Utusan Malaysia

Iran mahu beli barangan keperluan selepas aset tidak dibekukan

QATAR menyimpan aset milik Iran RM24 bilion. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi pada Rabu berkata, Teheran akan menggunakan sebahagian daripada asetnya yang dibekukan di Qatar untuk membeli barangan yang diperlukan negara itu susulan rundingan yang berlangsung di Doha.

Berdasarkan  memorandum persefahaman (MoU) yang menamatkan perang antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), Washington bersetuju untuk membolehkan aset Iran yang dibekukan atau disekat disediakan semula sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian itu.

Bagaimanapun, masih belum jelas bagaimana mekanisme pelepasan dan penggunaan dana itu akan dilaksanakan atau bila ia akan mula berkuat kuasa.

“Dalam pertemuan dengan pegawai Qatar, termasuk Bank Pusat Qatar, beberapa perkara berkaitan penggunaan sebahagian daripada dana awal berjumlah AS$6 bilion (RM) telah diteliti,” kata Gharibabadi seperti dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

“Turut dipersetujui bahawa berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh negara kami, barangan yang diperlukan akan dibeli dan disediakan kepada Iran,” tambahnya.

Jumlah yang disebut Gharibabadi merujuk kepada sebahagian hasil pendapatan minyak Iran yang dipindahkan dari Korea Selatan ke akaun yang tertakluk kepada sekatan di Qatar sejak 2023.

Bulan lalu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata, hanya Teheran yang akan menentukan cara penggunaan aset yang dilepaskan itu dengan apa jua cara yang paling bermanfaat dan menguntungkan negara.

Beliau turut berkata, dana berkenaan akan tersedia untuk digunakan secara bebas oleh Iran mengikut keperluannya bagi mendapatkan barangan yang diperlukan oleh negara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN