MEXICO CITY: Kumpulan guru yang mengadakan demonstrasi bertindak menumbangkan beberapa arca gergasi yang memaparkan figura pemain bola sepak di persiaran utama Mexico City. Ia sebagai amaran untuk melancarkan protes yang lebih besar menjelang saingan Piala Dunia sekiranya pihak kerajaan terus gagal memenuhi tuntutan kebajikan pekerja mereka. Kumpulan penunjuk perasaan daripada sayap penentang kesatuan guru kebangsaan, CNTE menggerakkan protes berkenaan dan kini mengancam untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada majlis pembukaan kejohanan…










