Perancis tutup 12 gerai pameran pertahanan Israel - Utusan Malaysia

Perancis tutup 12 gerai pameran pertahanan Israel

Pengunjung berjalan melintasi gerai tertutup syarikat Israel di Pusat Pameran Paris-Nord Villepinte, Villepinte, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebanyak 12 gerai syarikat Israel ditutup pada Isnin di sebuah pameran pertahanan dan keselamatan antarabangsa utama yang berlangsung di luar Paris, sekali gus mencetuskan kemarahan pihak berkuasa Israel.

Ketegangan dalam hubungan Perancis-Israel berterusan selepas Perancis mengiktiraf negara Palestin tahun lalu,.

Sebelun ini,  dua menteri berhaluan kanan keras Israel dihalang daripada memasuki negara itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Gerai-gerai di pameran perdagangan senjata dan keselamatan Eurosatory itu ditutup kerana tidak mematuhi syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Perancis, kata penganjur, Coges Events, dalam satu kenyataan kepada AFP.

Menurut kenyataan itu, pihak penganjur diwajibkan untuk melaksanakan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Perancis.

“Akibatnya, 12 gerai terpaksa ditutup,” kata Ketua Coges Events, Charles Beaudouin.

Perancis telah mengharamkan pameran senjata serangan Israel pada edisi 2026 acara tersebut.

Pada tahun itu, ia juga  mengehadkan pameran syarikat Israel kepada peralatan dan produk yang berkaitan secara eksklusif dengan pertahanan udara dan keupayaan pertahanan peluru berpandu balisti”, kata Beaudouin.

Kementerian Pertahanan Israel pula mendakwa pavilion Israel ditutup walaupun syarikat-syarikat tersebut telah memenuhi tuntutan melampau kerajaan Perancis.

Kementerian itu turut menuduh Perancis cuba menyembunyikan kelebihan teknologi Israel daripada diketahui dunia.

Walaupun gerai tiga kontraktor pertahanan utama Israel, termasuk Israel Aerospace Industries dan Rafael, kekal dibuka pada Isnin, tiada satu pun mempamerkan model senjata secara terbuka, tidak seperti peserta pameran dari negara lain, menurut pemerhatian wartawan AFP.

Duta Israel ke Perancis menyifatkan layanan pihak berkuasa Perancis terhadap syarikat Israel sebagai tidak boleh diterima.

“Perancis sedang kehilangan sebahagian besar pasaran antarabangsa ini,” kata Joshua Zarka kepada AFP. 

Pameran Eurosatory berlangsung dari 15 hingga 19 Jun di sebuah pusat pameran di utara Paris.

Syarikat pertahanan Israel sebelum ini turut dilarang menyertai pameran perdagangan itu pada tahun 2024. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN