MOSCOW: Seorang pelajar kolej berusia 18 tahun, Timofey Vakhonin, dijatuhi hukuman penjara selama lima hari selepas bertindak memesan piza menggunakan nama bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler. Pelajar itu membuat pesanan di sebuah restoran tempatan di Nizhny Tagil, sebuah bandar industri di wilayah Urals, Russia. Menurut laporan agensi berita milik kerajaan, RIA Novosti, pihak polis telah mendakwa remaja yang merupakan pelajar jurusan elektrik di sebuah kolej pembinaan itu atas kesalahan mempromosikan…










