Kapal berhampiran Selat Hormuz terbakar - Utusan Malaysia

Kapal berhampiran Selat Hormuz terbakar

KAPAL-kapal berlabuh di di luar bandar pelabuhan Khasab di Semenanjung Musandam, utara Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Sebuah kapal tangki berhampiran Selat Hormuz yang disekat mengalami kebakaran di bilik enjinnya, kata sebuah agensi pemantauan maritim pada Khamis, tanpa mendedahkan punca kebakaran tersebut.

“Pihak berkuasa tempatan melaporkan sebuah kapal tangki mengalami kebakaran di bilik enjin,” kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom ( UKMTO).

Insiden itu berlaku 21 batu nautika di timur laut Sohar, Oman, tambahnya.

Kedutaan India di Oman berkata di platform X bahawa kru kapal Jalveer sedang dipindahkan oleh tentera laut Oman, namun tidak menyatakan kewarganegaraan kru atau punca kebakaran.

Menurut syarikat keselamatan maritim British Vanguard, kapal tangki berbendera Guinea-Bissau itu membawa 20 anak kapal.

Pada Rabu, Amerika Syarikat menyerang sebuah kapal tangki di luar pantai Oman, menyebabkan tiga anak kapal terbunuh.

Washington berkata kapal itu cuba mengeksport minyak Teheran walaupun terdapat sekatan AS ke atas pelabuhan Iran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN