Israel makin agresif di Lubnan, tidak peduli rundingan damai

Israel makin agresif di Lubnan, tidak peduli rundingan damai

ISRAEL semakin agresif menyerang perkampungan Kfar Tibnit di selatan Lubnan kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Ketegangan berterusan di Lubnan selepas tentera Israel terus mara di bahagian selatan negara itu dan menge­rahkan aset berperisai tambahan di kawasan berhampiran laluan lintasan, walaupun terdapat per­janjian Amerika Syarikat (AS) dengan Lubnan untuk menamatkan perang di Asia Barat.

Dalam satu kenyataan kelmarin, kumpulan Hizbullah berkata, pejuangnya melancarkan serangan menggunakan roket dan dron bagi menyekat pergerakan tentera Israel yang terdiri daripada sebuah jengkaut serta dua kereta kebal Merkava berhampiran Kfar Tebnit, dekat bandat Nabatieh.

Hizbullah dalam kenyataan berasingan turut berkata, tentera Israel mengerahkan semula aset berperisai tambahan di kawasan berhampiran laluan lintasan, termasuk lima kereta kebal Merkava dan beberapa kenderaan lain.

“Mujahidin Penentangan Islam menyasarkan mereka dengan serangan roket dan bedilan artileri dan pertempuran masih berterusan,” menurut kenya­taan tersebut.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA), sebuah dron Israel menyerang kereta di kawasan sama pada Isnin, mengakibatkan peman­dunya terbunuh, menandakan serangan maut pertama sejak pengumuman perjanjian berke­naan.

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, terdapat pengurangan pertempuran pada Isnin.

Katanya, beliau menerima kemas kini daripada Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) yang melaporkan dari tengah malam hingga 4 petang waktu tempatan bahawa UNIFIL mendapati terdapat penurunan keganasan dan pertukaran serangan.

Ia merekodkan 133 trajektori peluru dan dua serangan udara yang dikaitkan dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), ujarnya.

“Tiada trajektori daripada Hizbullah atau kumpulan bersenjata lain  dilaporkan dalam tempoh tersebut,” katanya.

Butiran mengenai perjanjian untuk menamatkan perang di Asia Barat di semua barisan hadapan tidak didedahkan kepada umum, namun Iran dan pengantara Pakistan, kedua-duanya berkata, ia turut merangkumi Lubnan.

Hizbullah ‘menarik’ negara itu ke dalam perang Asia Barat pada 2 Mac dengan tembakan roket ke arah Israel sebagai membalas pembunuhan pe­mimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Israel kemudian membalas dengan serangan udara dan pencerobohan darat yang mengorbankan lebih 3,700 orang serta menyebabkan lebih sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN