TEHERAN/TEL AVIV: Iran dan Israel pada Isnin menyatakan bahawa permusuhan antara kedua-dua negara telah terhenti selepas mereka saling melancarkan serangan yang mengancam untuk menghidupkan semula perang di Asia Barat.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengumumkan bahawa api di medan itu telah berjaya dibendung beberapa jam selepas Teheran menyatakan ia telah menghentikan tindakan ketenteraannya.
Teehran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel pada Ahad sebagai tindak balas terhadap perang berterusan Israel menentang Hizbollah di Lubnan. Israel kemudian membalas dengan serangan ke atas Iran walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS),, Donald Trump, berusaha menghalang Netanyahu daripada berbuat demikian.
Tindakan itu mencetuskan satu lagi gelombang serangan peluru berpandu Iran sebelum Teheran mengumumkan gencatan senjata.
Iran cuba mengaitkan gencatan senjatanya dengan AS yang berkuat kuasa sejak 8 April walaupun kedua-dua pihak beberapa kali melancarkan serangan dengan perang Israel terhadap Hizbollah danmemberi amaran bahawa serangan ke atas Lubnan akan memaksanya bertindak.
Teheran pada Isnin berkata, ia akan menyerang semula jika Israel meneruskan serangan di Lubnan.
Netanyahu pula memberi amaran bahawa sekiranya Iran melakukan kesilapan dengan menyambung semula serangan terhadap kami, pihaknya akan bertindak balas dengan kekuatan penuh.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz menegaskan bahawa kempen ketenteraan di Lubnan akan diteruskan tanpa mengira keadaan dan Israel akan menyerang kawasan pinggir selatan Beirut yang dikuasai Hizbollah sebagai tindak balas terhadap setiap serangan kumpulan itu ke atas utara Israel.
Trump, yang dilaporkan semakin kecewa dengan Netanyahu, sebelum itu menggesa kedua-dua pihak menghentikan “embakan dan berkata bahawa rundingan muktamad ke arah keamanan akan diteruskan ‘selagi tidak dihalang oleh kejahilan atau kebodohan’.
Namun, Netanyahu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, beliau telah memberitahu Trump bahawa Israel mempunyai hak penuh untuk mempertahankan diri dan akan melaksanakannya mengikut keperluan. – AFP










