BAITULMUQADDIS: Tentera Israel berkata pada Isnin bahawa ia telah mengesan gelombang kedua peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran, dan sistem pertahanannya sedang beroperasi untuk memintas ancaman tersebut.
“Sistem pertahanan sedang beroperasi untuk memintas ancaman itu,” menurut kenyataan tentera Israel.
Wartawan AFP mendengar sekurang-kurangnya lapan letupan di ruang udara Jerusalem pada Isnin ketika Israel memaklumkan bahawa ia sedang memintas satu lagi gelombang peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran.
Tentera Israel menulis di Telegram bahawa ia telah mengesan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran dan sedang berusaha memintas ancaman tersebut.
Seorang wartawan AFP di Baitulmuqaddis menyaksikan sekurang-kurangnya satu pemintasan ketika penduduk bergegas menuju ke tempat perlindungan di bandar itu.
Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, berkata tiada laporan mengenai sebarang korban atau kecederaan setakat ini.
Iran telah melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu ke arah Israel sejak petang Ahad, sekali gus menggugat gencatan senjata rapuh antara kedua-dua negara yang terlibat dalam perang di Asia Barat. – AFP










