COPENHAGEN: Denmark mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah negara itu pada Sabtu, menurut Institut Meteorologi Denmark (DMI) ketika negara itu dilanda gelombang haba yang telah pun melanda sebahagian besar Eropah. DMI pada mulanya memuat naik kenyataan di platform X kira-kira jam 2 petang waktu tempatan bahawa dengan suhu 36.6 darjah Celsius di utara Odense, Sabtu merupakan hari paling panas pernah direkodkan sejak ukuran bermula pada 1874. Dengan nada berjaga-jaga, DMI turut…










