Thailand lulus pakej pinjaman RM48 bilion kurangkan kesan krisis Asia Barat - Utusan Malaysia

Thailand lulus pakej pinjaman RM48 bilion kurangkan kesan krisis Asia Barat

GAMBAR fail bandar raya Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand meluluskan pakej pinjaman kecemasan bernilai AS$12.2 bilion (RM48 bilion) pada Selasa bagi mengurangkan kesan ekonomi akibat perang di Asia Barat, menjadikannya antara pelan pinjaman terbesar negara itu dalam beberapa dekad.

Kabinet berkata, dana itu akan digunakan untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan mengurangkan kesukaran ekonomi ketika inflasi meningkat dan pertumbuhan ekonomi perlahan. 

Minggu lalu, kementerian kewangan menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 1.6 peratus, berbanding 2.4 peratus tahun lalu.

Pinjaman itu akan digunakan dari Jun hingga September, termasuk bantuan kepada lebih 20 juta golongan berpendapatan rendah menerusi skim kerajaan Thailand bantu Thailand bagi mengurangkan kos sara hidup.

Menteri Kewangan, Ekniti Nitithanprapas berkata dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet bahawa bantuan tersebut akan digunakan untuk menyokong tenaga alternatif.

Perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran yang bermula pada akhir Februari telah menggoncang harga tenaga global, menyebabkan kenaikan harga minyak dan gas, kos perkapalan serta barangan pengguna.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menyifatkan pinjaman itu sebagai alat untuk menggerakkan negara ke hadapan dan mengelakkan kelemahan ekonomi.

“Kita akan mengharungi krisis ini bersama-sama,” katanya kepada wartawan.

Jumlah pinjaman itu antara yang tertinggi dalam sejarah moden Thailand, namun masih lebih rendah berbanding tahap ketika krisis kewangan Asia 1997 dan pandemik Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×