JEDDAH: Malaysia telah mempunyai kerangka kukuh dalam menangani pelbagai persoalan dan penyelesaian berkaitan kajian fiqh bagi isu ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, negara mampu mendepani perubahan dan realiti cabaran haji yang sentiasa berubah. “Selain Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun, Malaysia juga mempunyai pakar berwibawa yang mampu menangani perubahan dan realiti yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas Simposium Haji…










