Lima tentera Israel cedera dalam letupan bom di selatan Lubnan

Lima tentera Israel cedera dalam letupan bom di selatan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Lima anggota tentera Israel cedera, termasuk dua parah, dalam insiden letupan bom tepi jalan di selatan Lubnan, menurut laporan media tempatan.

Akhbar Maariv melaporkan seorang komander daripada unit elit Maglan mengalami kecederaan serius apabila bahan letupan meledak ketika operasi dijalankan di selatan Lubnan.

Empat lagi anggota tentera turut cedera, termasuk seorang yang dilaporkan parah, menurut laporan itu.

Terdahulu, kenyataan tentera Israel memaklumkan seorang anggota tenteranya mengalami kecederaan serius manakala seorang pegawai cedera sederhana dalam letupan yang berlaku semalaman itu.

Tambah laporan itu, seorang pegawai tempur dan seorang lagi anggota tentera turut mengalami kecederaan ringan dalam insiden sama.

Tentera Israel terus melancarkan serangan harian di Lubnan serta berbalas tembakan dengan Hizbollah walaupun gencatan senjata diumumkan pada 17 April lalu dan kemudiannya dilanjutkan sehingga awal Julai.

Sejak 2 Mac, serangan Israel ke atas Lubnan telah mengorbankan hampir 3,000 orang, mencederakan lebih 9,000 yang lain serta menyebabkan lebih 1.6 juta penduduk kehilangan tempat tinggal, kira-kira satu perlima daripada populasi negara itu.

Dron yang dilancarkan Hizbollah terhadap tentera Israel di selatan Lubnan kini menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada Tel Aviv, yang menganggap ancaman itu sebagai antara ‘cabaran keselamatan paling rumit dan berbahaya’ dihadapi tenteranya.

Baru-baru ini, kerajaan Israel mengadakan perbincangan kecemasan bersama pegawai kanan keselamatan bagi membincangkan langkah menangani ancaman dron Hizbollah yang semakin meningkat susulan pertambahan korban dalam kalangan tentera Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN