India kekal rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan

India kekal rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy di Perdana Putra, Putrajaya. - PEJABAR PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdagangan antara Malaysia dengan India dianggarkan bernilai AS$18.59 bilion (RM73.9 bilion) pada tahun lalu yang mengekalkan negara itu sebagai rakan dagang terbesar di Asia Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan dua hala terus diperkukuh dengan kerjasama strategik komprehensif meliputi pelbagai bidang.

Katanya, ia termasuk perdagangan, digital, kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat

“Selain itu, kerjasama dalam sektor digital dan teknologi baharu turut menunjukkan perkembangan positif menerusi penganjuran Mesyuarat Pertama Malaysia–India Digital Council (MIDC) dan MY–India AI Conclave di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Hubungan erat itu dilihat selari dengan usaha memperkasa jaringan ekonomi dan perdagangan serantau di bawah kerangka Kerjasama Strategik Komprehensif Malaysia-India,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Anwar berkata, Malaysia akan terus memperkukuh hubungan baik demi manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran lebih inklusif buat kedua-dua negara.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy yang bakal menamatkan perkhidmatannya di negara ini tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN