Siapa tidak kenal Ilham, Pae - Awie - Utusan Malaysia

Siapa tidak kenal Ilham, Pae – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beraksi tanpa dua ahli asal iaitu Black dan Eddie tidak menghalang kumpulan Wings untuk memberikan persembahan terbaik menjelang konsert 3 Veto di Megastar Arena, 1 Ogos ini.

Kata Awie selaku jurucakap Wings, malah beliau yakin dengan kredibiliti dua pemain ganti yang bakal ‘menunjukkan taring’ pada konsert itu nanti.

“Siapa tidak kenal Ilham dan paie, orang tahu kebolehan dan kelebihan yang ada pada mereka,” katanya pada sidang media konsert 3 veto di sini, baru-baru ini.

Awie dalam pada itu tidak menolak bergabung dengan Search dan XPDC dalam konsert itu memandang Wings berkelapangan untuk membuat persembahan.

“Konsert ini ditawarkan kepada kami beberapa kali, cuma tidak berkesempatan.

“Kali ini beliau tawarkan lagi tetapi bersama Search dan XPDC.

“Kami bertiga belum pernah berkolaborasi di pentas yang sama melainkan saya dan Search.

“Jadi kami terima dan harapkan kerjasama ini akan membawa hasil yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Wings memaklumkan gabungan ketiga-tiga kumpulan besar dalam satu konsert tidak menjadi persoalan memandangkan yang diutamakan hanyalah menghiburkan peminat.

“Dengan siapa dan di mana itu bukan persoalannya. Walaubagaimanapun tugasan harus dijalankan.

“Yang penting kami bersedia supaya persembahan kami dapat menghiburkan pembayar tiket,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN