Remaja Perancis berdepan hukuman penjara jilat straw mesin air

Remaja Perancis berdepan hukuman penjara jilat straw mesin air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang remaja Perancis didakwa atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam dan perbuatan khianat di Singapura selepas didakwa menjilat penyedut minuman dan memasukkannya semula ke dalam mesin penjual jus oren, menurut dokumen mahkamah pada Isnin.

Didier Gaspard Owen Maximilien, 18, didakwa merakam dirinya menjilat penyedut minuman dan meletakkannya semula ke dalam mesin penjual, serta memuat naik video itu ke Instagram dengan pengetahuan ia akan atau berkemungkinan besar menimbulkan kegusaran kepada orang awam, menurut dokumen tersebut.

Remaja itu dilaporkan sedang belajar di Singapura berdasarkan rekod mahkamah.

Kesalahan mengganggu ketenteraman awam membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan serta denda.

Satu lagi pertuduhan iaitu perbuatan khianat menyatakan Maximilien didakwa tahu tindakannya berkemungkinan menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada syarikat iJooz, yang mengendalikan mesin tersebut dan terpaksa menggantikan semua 500 penyedut minuman di dalamnya.

Kesalahan khianat boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa berlaku pada 12 Mac.

Pertuduhan difailkan di mahkamah daerah pada Jumaat lalu, dan perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 22 Mei.

Akhbar The Straits Times melaporkan video tersebut tular dengan pantas dan mencetuskan kejutan serta kebimbangan dalam kalangan warganet.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN