BEIRUT: Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengumumkan negaranya berada di ambang fasa baharu ke arah perjanjian kekal, susulan gencatan senjata selama 10 hari dalam perang antara Israel dan Hizbollah yang mula berkuat kuasa semalam. Dalam ucapan kepada rakyat Lubnan dan secara tersirat merujuk kepada kumpulan Hizbollah yang disokong Iran, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan gencatan senjata itu, Aoun berkata, Lubnan tidak lagi menjadi medan perang untuk sesiapa.…










