AS beku mata wang kripto RM1.3 billion ada kaitan Iran - Utusan Malaysia

AS beku mata wang kripto RM1.3 billion ada kaitan Iran

GAMBAR fail sebuah bank di Teheran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) telah membekukan aset mata wang kripto bernilai AS$344 juta (RM1.3 bilion) yang mempunyai kaitan dengan Iran, kata Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent pada Jumaat.

Pendedahan itu dibuat ketika Washington berusaha meningkatkan tekanan ke atas Teheran susulan gangguan bekalan tenaga akibat perang di Asia Barat.

“Jabatan Perbendaharaan akan terus melemahkan secara sistematik keupayaan Teheran untuk menjana, memindahkan dan membawa pulang dana,” kata Bessent dalam satu kenyataan di platform X.

Beliau menambah bahawa agensinya mengenakan sekatan terhadap pelbagai dompet digital yang berkaitan dengan Iran sehingga menyebabkan pembekuan dana tersebut.

Langkah itu dibuat ketika utusan AS, Steve Witkoff dan Jared Kushner dijadual menuju ke Pakistan pada Sabtu bagi pusingan baharu rundingan dengan Iran untuk menamatkan konflik.

Perang itu bermula selepas serangan AS-Israel yang menyasarkan Iran pada 28 Februari, di mana tokoh kanan termasuk pemimpin tertinggnya, Ayatollahi Ali Khamenei terbunuh.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, Washington menyasarkan kedua-dua kaedah untuk mengelak sekatan seperti syarikat proksi dan teknologi baharu termasuk aset digital.

Pegawai itu menambah bahawa Jabatan Perbendaharaan sedang mengadakan dialog aktif dengan institusi kewangan termasuk platform pertukaran aset digital. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN