Robot humanoid ditangkap polis

Robot humanoid ditangkap polis

ROBOT humanoid ditangkap polis selepas menakutkan seorang wanita. - X
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACAU: Sebuah robot humanoid telah ditangkap dua anggota polis selepas didakwa menakutkan seorang wanita warga emas di Macau, China baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam waktu tempatan di luar sebuah kompleks kediaman di Macau itu bermula apabila mangsa yang berusia 70 tahun menyedari robot tersebut berada tepat di belakangnya. 

Rakaman video menunjukkan dua anggota polis mengiringi robot model Unitree G1 itu di sebatang laluan. Salah seorang anggota polis itu memegang bahu robot berkenaan seolah-olah sedang membawa ‘suspek’.

Menurut  polis, wanita tersebut pada awalnya berhenti untuk memeriksa telefon pintarnya. Robot tersebut kemudian turut berhenti di belakang wanita itu sementara menunggu laluan dikosongkan. 

Namun, warga emas tersebut berasa sangat takut apabila menyedari dirinya ‘diekori’ secara senyap oleh mesin tersebut.

“Kamu buat jantung saya berdegup kencang! Banyak lagi benda boleh buat. Apa motif buat benda merapu macam ni?” kata  wanita itu dalam rakaman yang tular.

Akibat terlalu terkejut, wanita tersebut dilaporkan berasa tidak sihat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Bagaimanapun, selepas doktor mengesahkan tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku, beliau memutuskan untuk tidak memfailkan aduan terhadap pengendali robot tersebut.

Walaupun robot itu tidak ditahan secara rasmi, pihak polis telah mengalihkan ia  dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pemiliknya, seorang lelaki berusia 50-an, yang diberikan amaran agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Klip video pendek robot  itu telah menjadi tular di media sosial dengan netizen bergurau dengan  menganggapnya  sebagai kes tangkapan robot pertama dalam sejarah. 

“Robot itu seperti memerlukan peguam atau hak asasi,” tulis salah seorang pengguna di platform X. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN