Asap Kelihatan Dari Kedutaan AS di Kuwait City

Kedutaan AS di Kuwait City dibedil, pesawat terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT CITY: Asap hitam dilihat memenuhi ruang udara pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait City selepas misi diplomatiknya mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya tidak datang ke premis berkenaan ketika Iran meneruskan serangan hari ketiga di Teluk.

Siren kedengaran di seluruh bandar selepas gelombang terbaharu serangan Iran yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel yang membunuh pemimpin tertinggi serta pegawai kanan negara itu.

Kedutaan tidak mengumumkan  ia diserang, tetapi mengeluarkan amaran keselamatan supaya orang ramai menjauhi kawasan itu.

“Terdapat ancaman berterusan daripada serangan peluru berpandu dan dron ke atas Kuwait. Jangan datang ke kedutaan.

“Petugas Kedutaan AS sedang berlindung di tempat mereka,” menurut kenyataan itu.

Beberapa pesawat perang AS turut dilaporkan terhempas di Kuwait pada pagi Isnin, namun semua anak kapal terselamat, menurut kementerian pertahanan negara itu, ketika Iran meneruskan hari ketiga serangan di Teluk.

“Beberapa pesawat perang AS terhempas pagi ini. Disahkan semua anak kapal terselamat.

“Pihak berkuasa segera memulakan operasi mencari dan menyelamat, memindahkan anak kapal serta membawa mereka ke hospital untuk penilaian dan rawatan perubatan. Keadaan mereka dilaporkan stabil,” kata jurucakap kementerian pertahanan dalam satu kenyataan, sambil menambah punca kejadian sedang disiasat.

Kementerian Dalam Negeri Kuwait berkata, mereka turut memintas sejumlah dron yang tidak dinyatakan, yang menyasarkan negara kecil kaya minyak itu pada awal pagi.

Setakat ini, serangan Iran meragut lima nyawa di Teluk, termasuk seorang di Kuwait, menurut pihak berkuasa.

Pada Isnin, wartawan AFP dan penduduk turut mendengar letupan kuat di bandar-bandar Teluk seperti Abu Dhabi, Dubai, Doha, Manama dan Kuwait.

Serangan berterusan Iran yang belum pernah berlaku sebelum ini menyasarkan pangkalan ketenteraan, infrastruktur awam termasuk bangunan kediaman, hotel, lapangan terbang dan pelabuhan, menggegarkan rantau yang sebelum ini dilihat sebagai zon aman di Asia Barat yang bergolak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN