Hampir keseluruhan Cuba bergelap - Utusan Malaysia

Hampir keseluruhan Cuba bergelap

BEKALAN elektrik terputus di hampir keseluruhan Cuba. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekalan elektrik terputus di dua pertiga Cuba pada Isnin dan kejadian itu dianggap mempunyai kaitan dengan sekatan minyak yang melemahkan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Menurut organisasi yang menguruskan bekalan tenaga, Union Nacional Electrica de Cuba (UNE), bekalan itu terputus berlaku akibat penutupan sepenuhnya rangkaian elektrik nasional.

Ia menambah  kerja-kerja telah dimulakan untuk memulihkan aliran elektrik.

Cuba bergantung kepada minyak import, khususnya dari Venezuela dan melalui rantaian yang kini terhenti akibat tindakan dan sekatan oleh AS.

Tiada penghantaran minyak yang tiba di negara itu dalam beberapa bulan terakhir dan ini telah menyebabkan krisis tenaga yang semakin teruk. 

Namun penghantaran tersebut telah dihentikan sejak AS menangkap  Presiden  Venezuela, Nicolas Maduro, yang merupakan pembekal minyak utama Cuba. 

Sejak itu, AS meningkatkan tekanan terhadap Cuba dengan menahan beberapa penghantaran minyak yang menuju ke pulau itu.

Presiden AS, Donald Trump turut mengancam untuk mengenakan tarif ke atas mana‑mana negara yang membekalkan minyak kepada Cuba. 

Trump telah menyatakan kesediaannya untuk ‘mengambil alih’ pemerintahan Cuba ketika negara kepulauan itu bergelap sepenuhnya di tengah-tengah sekatan minyak yang dikenakan oleh Washington.

“Seumur hidup, saya sering mendengar tentang AS dan Cuba. Bilakah AS akan melakukannya?” ujar Trump kepada wartawan di Rumah Putih pada Isnin.

“Saya percaya saya akan mendapat penghormatan untuk ‘mengambil alih’ Cuba. Sama ada saya membebaskannya atau mengambilnya, saya rasa saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahu. Sejujurnya, mereka adalah negara yang sangat lemah ketika ini,” tambah beliau lagi. 

Setakat ini, tiada sebarang ulasan rasmi daripada pihak Havana mengenai kenyataan tersebut. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×