Arab Saudi pintas peluru berpandu Iran - Utusan Malaysia

Arab Saudi pintas peluru berpandu Iran

TERMINAL yang lengang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh semalam. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH – Arab Saudi pada Ahad memintas peluru berpandu Iran yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Riyadh dan Pangkalan Udara Putera Sultan, yang menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat (AS), kata satu sumber Teluk yang dimaklumkan mengenai perkara itu kepada AFP.

“Pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu Iran berhampiran lapangan terbang Riyadh dan Pangkalan Udara Putera Sultan pada petang Ahad,” kata sumber itu, yang enggan dinamakan kerana membincangkan perkara sensitif.

Sumber itu berkata,  tindakan Arab Saudi memintas peluru berpandu itu itu tidak mengganggu operasi penerbangan atau menyebabkan sebarang kerugian nyawa dan harta benda.

Seorang saksi berhampiran lapangan terbang berkata, beliau melihat dan mendengar pertahanan udara memintas peluru berpandu di langit.

Penduduk dan wartawan AFP sebelum itu melaporkan terdengar letupan di timur Riyadh.

Sebelum peningkatan ketegangan, Arab Saudi berkata ia tidak akan membenarkan wilayah, ruang udara atau perairannya digunakan untuk menyerang Iran, bekas musuh ketatnya, namun jaminan itu tidak diendahkan.

Sejak pagi Sabtu, Iran melancarkan serangan meluas di seluruh rantau itu, menyasarkan pangkalan tentera dan infrastruktur awam di Teluk.

Lapangan terbang di Dubai, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Kuwait dan Manama, Bahrain turut menjadi sasaran serangan, dengan pihak berkuasa melaporkan satu kematian di ibu negara UAE dalam insiden di kemudahan tersebut.

Arab Saudi menempatkan pangkalan dan anggota tentera AS, walaupun kemudahan yang lebih besar terletak di Bahrain dan Qatar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN