AS serang tapak peluru berpandu Iran - Utusan Malaysia

AS serang tapak peluru berpandu Iran

TENTERA AS menyerang tapak nuklear di selatan Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tapak peluru berpandu di selatan Iran dan bot yang cuba memasang periuk api pada Isnin, menurut Markas Pusat AS, ketika perunding tertinggi Iran Teheran di Doha, Qatar untuk rundingan menamatkan perang.

“Pasukan AS menjalankan serangan mempertahankan diri di selatan Iran hari ini (semalam) untuk melindungi anggota kami daripada ancaman yang ditimbulkan oleh tentera Iran,” kata jurucakap Markas Pusat AS, Tim Hawkins dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai serangan berkenaan dan hanya menyatakan bahawa sasaran termasuk tapak pelancaran peluru berpandu dan bot yang cuba memasang periuk api.

Serangan itu mengancam gencatan senjata yang sudah sedia rapuh sejak 8 April, ketika AS dan Iran bergelut mencapai persetujuan bagi menamatkan perang yang telah menggoncang ekonomi global akibat gangguan serius terhadap aliran tenaga.

Harapan untuk mencapai persetujuan turut terjejas dalam beberapa hari kebelakangan ini apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk “menghancurkan” Hizbollah yang disokong Iran di Lubnan. Iran menuntut supaya sebarang perjanjian damai turut meliputi pertempuran di Lubnan.

Trump juga berkata dalam satu hantaran media sosial bahawa beliau menjangkakan Iran menyerahkan uranium diperkayanya kepada AS  untuk dimusnahkan atau memusnahkannya di Iran dengan kehadiran saksi antarabangsa.

“Uranium diperkaya itu sama ada akan segera diserahkan kepada Amerika untuk dibawa pulang dan dimusnahkan atau, lebih baik lagi, dimusnahkan di lokasi asal atau di lokasi lain yang dipersetujui dengan Suruhanjaya Tenaga Atom, atau badan setarafnya, menjadi saksi kepada proses dan peristiwa ini,” tulis Trump.

Tidak jelas sama ada beliau merujuk perkara itu sebagai sebahagian daripada persetujuan yang sedang dirundingkan dengan Iran.

Suruhanjaya Tenaga Atom yang disebut Trump sebenarnya telah dibubarkan pada tahun 1974 dan fungsinya dibahagikan kepada dua badan pengganti. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN