MINNEAPOLIS: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan penamatan operasi penguatkuasaan imigresen secara besar-besaran di Minneapolis, Minnesota, kelmarin. Penguatkuasaan itu ditamatkan selepas dua warganegara Amerika Syarikat (AS) maut ditembak anggota pihak berkuasa sehingga mencetuskan protes besar-besaran dan penutupan sekolah di seluruh negeri selama dua bulan. Dalam satu sidang akhbar di Minneapolis, bekas pemangku pengarah agensi Penguatkuasaan Kastam dan Imigresen (ICE) AS, Tom Homan yang kini ditugaskan mengawal sempadan bahagian…










