AMMAN: Kehadiran pesawat-pesawat perang Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Udara Muwaffaq Salti, Jordan meningkat secara mendadak, lapor akhbar The New York Times berdasarkan imej satelit dan data pengesanan penerbangan terbaharu. Imej yang dirakam kelmarin memaparkan lebih 60 pesawat pejuang kini ditempatkan di pangkalan tersebut. Ia merupakan peningkatan tiga kali ganda berbanding jumlah pesawat yang biasa terdapat di fasiliti berkenaan. Data pengesanan penerbangan turut memaparkan sekurang-kurangnya 68 pesawat pengangkutan telah mendarat…










