MADRID: Kebakaran di sebuah blok apartmen berhampiran Barcelona mengorbankan lima orang dan mencederakan empat yang lain, menurut perkhidmatan bomba wilayah timur laut Catalonia.
Kebakaran tercetus pada petang Isnin di bilik stor bangunan lima tingkat di bandar Manlleu, kira-kira 80 kilometer di utara Barcelona, menurut kenyataan perkhidmatan tersebut.
“Lima orang maut pada malam ini dan empat yang lain mengalami kecederaan ringan,” kata pihak bomba.
Media Sepanyol melaporkan mangsa merupakan golongan muda yang berkumpul di tingkat atas bangunan.
“Atas sebab yang belum diketahui, individu di dalam bilik stor itu tidak dapat keluar dan tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mereka walaupun bomba dan ambulans telah dikerahkan,” menurut kenyataan itu.
Polis telah membuka siasatan terhadap kejadian berkenaan.-AFP









