Kapal induk kedua AS dikerahkan ke Asia Barat

Kapal induk kedua AS dikerahkan ke Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon mengarahkan sebuah kapal induk kedua untuk dikerahkan ke Asia Barat, ketika Presiden, Donald Trump mempertimbangkan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Washington dan Teheran memulakan rundingan tidak langsung minggu lalu mengenai masa depan program nuklear Iran dan Trump pada Khamis memberi amaran tentang akibat yang ‘sangat traumatik’ bagi negara itu jika gagal mencapai perjanjian nuklear.

Akhir bulan lalu, Trump menghantar kapal induk USS Abraham Lincoln beserta kapal perang pengiring ke Teluk, ketika beliau meningkatkan ancaman terhadap Iran berikutan tindakan keras negara itu terhadap protes anti-kerajaan yang mengorbankan nyawa. Kapal-kapal tersebut masih berada di rantau itu.

Kapal induk USS Gerald R. Ford dan kapal-kapal pengiringnya akan menyertai pasukan petugas kapal induk itu selepas pegawai memerintahkan kapal tersebut ke Asia Barat dari lokasinya kini di Laut Caribbean, lapor beberapa media AS.

The Wall Street Journal, The New York Times, dan CBS News melaporkan persiapan Pentagon dan mengerahkan kapal induk kedua itu, memetik pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan.

USS Gerald R. Ford mula dikerahkan pada bulan Jun dan kemudian diarahkan ke Caribbean sebagai sebahagian daripada kempen tekanan Trump terhadap Venezuela, menurut laporan New York Times.

Beberapa pesawat perang kapal induk itu turut menyertai operasi maut pada 3 Januari di Caracas yang membawa kepada penahanan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro.

Tidak jelas berapa lama USS Ford atau USS Lincoln akan kekal di Asia Barat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN