India umum fasa akhir pemberontakan Maoist selepas komander utama menyerah diri

India umum fasa akhir pemberontakan Maoist selepas komander utama menyerah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EW DELHI: Pegawai kerajaan India mengumumkan penyerahan seorang komander gerila Maoist kanan menyerah diri, sekali gus menandakan fasa akhir untuk menamatkan pemberontakan kumpulan itu yang berlarutan selama beberapa dekad.

Kerajaan India melancarkan kempen menyeluruh terhadap kumpulan pemberontak dikenali sebagai Naxalite yang dinamakan sempena sebuah kampung di kaki Himalaya sejak hampir enam dekad lalu dan berikrar untuk menamatkan pemberontakan itu menjelang akhir Mac.

Komander Maoist, Thippiri Tirupati yang juga dikenali sebagai Devji dilaporkan aktif selama bertahun-tahun di negeri Chhattisgarh.

“Ini adalah fasa akhir. Ia menandakan langkah penting ke arah penghapusan lengkap Naxalisme bersenjata,” kata Timbalan Ketua Menteri Chhattisgarh, Vijay Sharma dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial semalam.

Pemberontakan Naxalite pernah menguasai hampir sepertiga negara, dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 pejuang pada tahun kemuncaknya sekitar pertengahan 2000-an, namun melemah dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih daripada 10,000 orang dilaporkan terkorban dalam konflik tersebut.

Maoist mendakwa mereka berjuang bagi hak masyarakat pribumi yang terpinggir di kawasan hutan, di mana syarikat perlombongan juga memburu sumber berharga.

Sejak 2024, lebih 500 pemberontak Maoist terbunuh, termasuk beberapa komander utama, menurut angka kerajaan.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berulang kali berikrar untuk menumpaskan pemberontak tersebut.

Pada Sabtu lalu, beliau menyatakan India kini bersedia menamatkan ‘Maoisme’ menjelang tarikh yang dijanjikan iaitu 31 Mac.

“Februari hampir berakhir, dan saya ulang apa yang telah saya katakan sebelum ini. Menjelang 31 Mac, kita akan membebaskan negara ini sepenuhnya daripada masalah Maoist dan Maoisme akan dihapuskan sepenuhnya.

“Saya sukar membayangkan tugas bersejarah yang begitu besar dan sukar ini berjaya diselesaikan dalam tempoh hanya tiga tahun,” kata Shah dalam satu ucapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×