WASHINGTON: Serang saintis di agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran bahawa terdapat hampir 25,000 objek angkasa yang masih gagal dikesan sedang ‘bersembunyi’ berhampiran Bumi. Walaupun agensi angkasa lepas itu sentiasa memantau batuan ruang angkasa berpotensi membahayakan planet ini, ribuan asteroid yang belum dikesan itu mempunyai keupayaan untuk meratakan sebuah bandar di Bumi. Meskipun ia mungkin tidak mencetuskan bencana global secara menyeluruh, impak kemusnahan serantau yang…










