Trump dedah aspirin punca lebam di tangan, nafi tertidur dalam mesyuarat

Trump dedah aspirin punca lebam di tangan, nafi tertidur dalam mesyuarat

Donald Trump (tengah) memakai pembalut luka di belakang tangannya semasa mesyuarat di Bilik Kabinet, Rumah Putih.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyalahkan aspirin sebagai punca lebam besar pada tangannya dan menafikan beliau tertidur semasa menghadiri mesyuarat awam.

Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal, Trump yang mempertahankan kesihatannya juga membetulkan kenyataan terdahulu mengenai pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Oktober, dengan mengatakan ia sebenarnya adalah imbasan CT yang lebih cepat.

Trump, 79 tahun, yang merupakan individu tertua pernah memegang jawatan Presiden AS memberitahu, kesihatannya kini sangat baik dan meluahkan rasa kecewa terhadap perhatian berlebihan terhadap keadaan fizikalnya.

Beliau menjelaskan lebam pada tangannya berpunca daripada aspirin harian yang diambil bagi mencairkan darah.

“Saya tidak mahu darah pekat mengalir ke jantung saya,” katanya. 

Katanya, lebam atau luka perlu ditutup dengan solekan atau pembalut apabila tangannya terkena hentakan. 

Jelasnya, satu kesan luka berlaku apabila Peguam Negara, Pam Bondi, secara tidak sengaja menyentuh belakang tangannya dengan cincin semasa memberi high-five.

Dalam beberapa kesempatan, Trump dilihat mengantuk dan tertidur, termasuk semasa mesyuarat di Pejabat Oval yang disiarkan pada November, namun katanya ia hanya beberapa saat beliau berehat. 

“Saya hanya menutup mata sebentar. Ia sangat menenangkan bagi saya. Kadang-kadang mereka mengambil gambar ketika mata saya berkelip,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×