PARIS: Cuaca musim sejuk paling ekstrem setakat ini melanda perjalanan di Britain, Perancis dan Belanda, menyebabkan penutupan jalan raya, penerbangan digantung serta pembatalan perkhidmatan kereta api, termasuk Eurostar hanya beberapa hari selepas gangguan besar akibat bekalan elektrik terputus. Eurostar, yang menghubungkan United Kingdom (UK) dengan tanah besar Eropah menasihatkan penumpang yang melakukan perjalanan antara London dan Belanda supaya menangguhkan perjalanan mereka kerana perkhidmatan tidak dapat beroperasi melepasi Brussels berikutan cuaca…











