Matthew McConaughey daftar tanda dagangan suara, imej elak manipulasi AI

Matthew McConaughey daftar tanda dagangan suara, imej elak manipulasi AI

MATTHEW MCCONAUGHEY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon dan pemenang Oscar, Matthew McConaughey mendaftarkan beberapa tanda dagang bagi melindungi imej dan suaranya daripada penggunaan tanpa kebenaran oleh platform kecerdasan buatan (AI).

Petikan termasuk frasa terkenalnya, ‘alright, alright, alright’, daripada filem Dazed and Confused (1993) didaftarkan dalam pangkalan data Pejabat Paten dan Cap Dagangan Amerika Syarikat (AS), lapor Wall Street Journal (WSJ).

Menurut peguam dan Pensyarah Kanan Undang-Undang Hak Cipta University College London, Alina Trapovar, ini merupakan kali pertama seorang pelakon cuba menggunakan undang-undang cap dagangan untuk melindungi rupa dan suara mereka daripada penyalahgunaan AI.

Selebriti di seluruh Hollywood dan industri muzik, termasuk Scarlett Johansson dan Taylor Swift sebelum ini berdepan gelombang video, audio dan imej palsu dalam talian yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Peguam bagi bintang Magic Mike itu memberitahu WSJ bahawa setakat ini tiada contoh khusus imej McConaughey dimanipulasi oleh AI, namun mereka berharap pendaftaran cap dagangan itu boleh digunakan secara meluas bagi menentang sebarang peniruan tanpa kebenaran.

“Saya dan pasukan peguam mahu memastikan setiap kali suara atau rupa saya digunakan, ia adalah dengan kelulusan dan persetujuan saya.


“Kami mahu mewujudkan sempadan yang jelas mengenai pemilikan, dengan persetujuan dan atribusi menjadi kebiasaan dalam dunia AI,” kata McConaughey dalam e-mel kepada akhbar itu.

Menurut AFP, beberapa klip didaftarkan oleh cabang komersial Just Keep Livin Foundation, sebuah organisasi bukan keuntungan yang diasaskan oleh pelakon Dallas Buyers Club itu bersama isterinya, Camila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×