PARIS: Penemuan fosil di Maghribi yang berusia lebih 773,000 tahun mengukuhkan teori manusia atau Homo sapiens muncul buat pertama kali di Afrika, menurut kajian saintifik yang diterbitkan pada Rabu. Fosil Homo sapiens tertua yang berusia lebih 300,000 tahun, sebelum ini ditemui di Jebel Irhoud, barat laut Marrakesh. Sebelum ini, fosil hominin utama dari tempoh tersebut kebanyakannya ditemui di Atapuerca, Sepanyol. Fosil itu tergolong dalam spesies yang dinamakan Homo antecessor, bertarikh…










