Bulgaria rasmi guna matawang euro

Bulgaria rasmi guna matawang euro

SYILING euro baharu dengan simbol Bulgaria dipamerkan di bank di Sofia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOFIA: Bulgaria secara rasmi menjadi negara ke-21 yang menggunakan mata wang euro, satu pencapaian penting hampir 20 tahun selepas negara Balkan itu menyertai Kesatuan Eropah (EU) walaupun langkah tersebut disambut dengan reaksi bercampur antara sokongan dan kebimbangan.

Tepat tengah malam, Bulgaria menamatkan penggunaan mata wang lev yang digunakan sejak akhir abad ke-19, dengan imej syiling euro Bulgaria dipancarkan pada bangunan bank pusat negara itu.

“Saya mengalu-alukan Bulgaria ke dalam keluarga euro,” kata Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde, sambil menyifatkan euro sebagai simbol kukuh nilai bersama dan kekuatan kolektif.

“Hebat! Ia berjaya!” kata seorang penduduk, Dimitar, 43, selepas mengeluarkan 100 euro dari mesin ATM sejurus selepas tengah malam.

Kerajaan Bulgaria sebelum ini menyokong penggunaan euro dengan harapan ia dapat merangsang ekonomi negara berpenduduk 6.4 juta orang itu, yang merupakan anggota termiskin EU, selain mengukuhkan hubungan dengan Barat dan mengurangkan pengaruh Russia.

Namun, rakyat Bulgaria sejak sekian lama berbelah bahagi, dengan sebahagian bimbang peralihan tersebut akan menyebabkan kenaikan harga dan menambah ketidakstabilan politik yang sedang melanda negara itu.

Dalam ucapan yang disiarkan sebelum tengah malam, Presiden, Rumen Radev menyifatkan langkah itu sebagai peringkat akhir integrasi Bulgaria dalam EU, ketika ribuan orang berhimpun di Sofia dalam suhu bawah sifar untuk menyambut Tahun Baharu.

Bagaimanapun, Radev melahirkan rasa kesal kerana rakyat tidak diberi peluang menyuarakan pendapat melalui referendum mengenai penggunaan euro.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN