AS, Greenland, Denmark mulakan rundingan diplomatik redakan ketegangan

AS, Greenland, Denmark mulakan rundingan diplomatik redakan ketegangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Rundingan membabitkan Amerika Syarikat (AS), Greenland, dan Denmark bermula pada Rabu dalam usaha ketiga-tiga pihak menyelesaikan krisis diplomatik susulan ancaman Presiden, Donald Trump terhadap wilayah Artik tersebut.

Kementerian Luar Denmark memaklumkan rundingan itu menyusul selepas ketegangan yang berlarutan selama berbulan-bulan antara Denmark dan AS,

Kedua-duanya merupakan pengasas bersama dalam pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Dalam satu kenyataan bertulis kepada Reuters, kementerian itu menyatakan pegawai kanan dari ketiga-tiga negara bertemu untuk membincangkan cara menangani kebimbangan AS terhadap aspek keselamatan di Artik, sambil menghormati kedaulatan serta prinsip asas kerajaan Denmark.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pada awal Rabu berkata, Washington kini telah menetapkan proses khusus berkaitan isu Greenland.

Beliau turut mengesahkan akan ada mesyuarat peringkat teknikal melibatkan pegawai dari Greenland dan Denmark bagi membincangkan perkara berkenaan.

Sebelum ini, gesaan berulang kali oleh Trump agar AS menguasai Greenland dengan alasan kebimbangan keselamatan negara berkaitan pengaruh Russia dan China, mengancam perpaduan pakatan transatlantik.

Bagaimanapun, pertelingkahan tersebut kini beralih ke saluran diplomatik secara rasmi bagi mencari penyelesaian bersama.

Isu ini mula mencetuskan polemik antarabangsa apabila Trump secara terbuka menyatakan minat untuk membeli Greenland daripada Denmark, menyifatkannya sebagai ‘perjanjian hartanah besar’ yang strategik.

Cadangan tersebut bagaimanapun ditolak oleh kerajaan Denmark dan Greenland yang menegaskan wilayah tersebut bukan untuk dijual, sehingga menyebabkan Trump membatalkan kunjungan rasmi ke Copenhagen sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×