BRUSSELS: Sebanyak 128 wartawan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun 2025, dengan lebih separuh daripada jumlah itu berlaku di Asia Barat, menurut Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) pada Khamis. Setiausaha Agung IFJ, Anthony Bellanger berkata, jumlah kematian yang meningkat berbanding 2024 itu bukan sekadar statistik, sebaliknya satu isyarat amaran merah global kepada rakan-rakan sekerja dalam bidang ini. IFJ menyuarakan kebimbangan serius terhadap keadaan di wilayah Palestin, dengan 56 pengamal media direkodkan…










