Thailand musnahkan pusat kawalan dron Kemboja - Utusan Malaysia

Thailand musnahkan pusat kawalan dron Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand memusnahkan sebuah kasino yang dijadikan pusat kawalan dron oleh Kemboja dan kini menumpukan serangan terhadap pangkalan roket yang mengancam keselamatan penduduk Thailand, menurut Tentera Darat Diraja Thailand.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Winthai Suvaree berkata, kasino berkenaan berfungsi sebagai pusat arahan untuk mengendalikan dron.

Katanya, serangan Kemboja pada petang semalam menunjukkan niat jelas untuk mencederakan tentera Thailand, sekali gus memaksa negara itu bertindak mempertahankan diri.

Tindakan balas Thailand kini tertumpu kepada pemusnahan pangkalan roket Kemboja yang menimbulkan ancaman serius kepada anggota tentera serta penduduk awam.

Mejar Jeneral Winthai turut mengingatkan tembakan roket Kemboja sebelum ini telah menyebabkan kematian dan kecederaan di wilayah Thailand semasa pertempuran pada Julai lalu.

Beliau menegaskan operasi ketenteraan dijalankan mengikut peraturan penggunaan kekerasan serta menumpukan kepada sasaran ketenteraan semata-mata.

“Matlamat utama adalah untuk memusnahkan sebanyak mungkin sistem tembakan sokongan milik Kemboja bagi mengelakkan sebarang risiko kepada rakyat dan anggota tentera Thailand,” katanya.

Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengekang sebarang ancaman daripada Kemboja, sambil menekankan Thailand hanya bertindak mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN